Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Budak perempuan 5 tahun maut, dubur koyak dan lebam didera ibu bapa angkat


IPOH – Pasangan suami isteri yang ditahan semalam bagi membantu siasatan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun disyaki didera direman selama enam hari.

Perintah reman itu dibenarkan Majistret S. Punitha dalam prosiding di Mahkamah Majistret Ipoh di sini selepas menerima permohonan pihak polis hari ini.


Suspek berusia 66 tahun dan isteri, 27, itu direman bermula hari ini sehingga Ahad depan.

Prosiding reman ke atas kedua-dua suspek itu dibuat bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan niat.

Terdahulu media melaporkan, pasangan suami isteri itu ditangkap di kediaman mereka di Taman Malcop, Silibin di sini berikutan kematian anak angkat mereka yang ditemukan dengan kesan lebam di badan.

Selain lebam di seluruh badan disyaki dipukul objek tumpul, pemeriksaan juga mendapati terdapat luka koyak dan lebam pada peranakan luar dan dubur mangsa.

Hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati punca kematian disebabkan pelbagai kecederaan akibat objek tumpul. – KOSMO