PUTRAJAYA – Bermula tengah malam ini, harga diesel di stesen runcit di seluruh Semenanjung Malaysia kecuali Sabah, Sarawak dan Labuan ditetapkan pada harga RM3.35 sen seliter.
Perkara itu diumumkan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Amir Hamzah berkata, harga diesel tanpa subsidi itu ditetapkan secara mingguan bermula tengah malam ini (Isnin).
“Harga diesel itu diumumkan secara minggu berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM),” katanya. – KOSMO! ONLINE