Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Doktor ditahan lokap, amang seks pesakit remaja perempuan


Parit: Seorang doktor lelaki di sebuah hospital di daerah ini ditahan polis kelmarin kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap pesakit remaja perempuan bawah umur.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah berkata, mangsa berusia 15 tahun mendakwa doktor terbabit mengganggunya secara seksual ketika menerima rawatan di wad kecemasan hospital itu pada Isnin lalu.


Katanya, pelajar Tingkatan Tiga itu seterusnya membuat laporan polis pada 9.14 malam Selasa lalu.

"Susulan itu, polis menahan doktor lelaki berusia 29 tahun itu di hospital terbabit jam 2 petang kelmarin.

"Suspek direman selama tiga hari sehingga esok untuk membantu siasatan yang dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau turut memohon orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Mohamad Zulkarnaiin Jusoh di talian 013-9740294.