Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Hanya ibu bapa Zayn Rayyan ditahan, tiada tangkapan lain -KPN


Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta semua pihak bertenang dan memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razaruddin Husain berkata polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap ibu bapa kanak-kanak itu, yang ditahan di sekitar Puncak Alam Jumaat lepas.

Beliau berkata selain ibu bapa kanak-kanak berumur enam tahun itu, tiada tangkapan lain dilakukan dan polis masih mencari petunjuk lain bagi membantu siasatan.

"(Ibu bapa mangsa) masih direman tujuh hari, bagi (masa) polis Selangor untuk siasat.

"Buat masa ini itu sahaja dan kita akan terus siasat," katanya ketika ditemui Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Kuda Lasak (Terbuka) Piala Ketua Polis Negara 2024 di Terengganu International Endurance Park Lembah Bidong, hari ini.

Mayat Zayn Rayyan ditemui di kawasan anak sungai berhampiran kawasan kediamannya di Damansara Damai pada pukul 10 malam 6 Dis lepas, sehari selepas dilaporkan hilang, dan berdasarkan bedah siasat, kanak-kanak itu dipercayai dibunuh.