Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Isu Tolak Blackrock: Zahid sahkan itu hanya pendapat peribadi Tok Mat, bukan UMNO


Pendirian UMNO tetap bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keputusan penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada BlackRock Inc melalui Global Infrastructure Partners (GIP).

Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan turut menolak sebarang dakwaan kononnya UMNO tidak setuju dengan keputusan berkenaan dan menyifatan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum ini sebagai pandangan peribadi.


“Pendapat yang diberi oleh Tok Mat adalah pendapat peribadi, saya telah bertemu dengan beliau malam tadi dan menyatakan itu pandangan peribadi dan bukan UMNO secara rasmi,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Karisma Pemikir Madani Kepimpinan Tertinggi Pentadbiran UitM Seluruh Malaysia di sebuah hotel di sini pada Isnin.