Lanjutan reman ibu bapa Zayn Rayyan, ahli keluarga cetus kekecohan di mahkamah (video)
Labels:
Isu Semasa
PETALING JAYA: Proses lanjutan reman ibu bapa Zayn Rayyan, bertukar kecoh apabila ahli keluarga mereka menjerit dan melaungkan kata-kata semangat antaranya "Jangan jadi kambing hitam, Isma, Zain Strong”.
Datuk kanak-kanak itu, Zahari Mohd Reba turut sama hadir bersama ahli keluarganya berkumpul di luar mahkamah dan memegang kain rentang bertulis ‘Keadilan untuk Zaim, Isma serta keadilan buat Zayn Rayyan’.
Terdahulu pasangan itu yang memakai baju lokap berwarna ungu, dibawa ke mahkamah pada jam 9.30 pagi, selepas tempoh reman tujuh hari bermula 1 Jun lalu, tamat pada Jumaat.
Suasana di luar bilik mahkamah menjadi kecoh ketika ibu bapa Zayn Rayyan dibawa masuk apabila ahli keluarga mula kecoh dan merjerit akibat gagal mengawal perasaan.
Dalam perkembangan berkaitan, kira-kira 20 individu dipercayai ahli keluarga Zayn Rayyan juga berkumpul di luar bangunan mahkamah majistret di Petaling Jaya..
Mereka memegang kain rentang bertulis 'Allahuakbar Keadilan Untuk Zaim dan Isma', 'Justice For Zayn Rayyan' dan 'Keadilan Untuk Zayn Rayyan'.
Seorang wanita yang mengaku dirinya sebagai ibu Zaim menjerit supaya keadilan diberikan kepada anaknya itu.
"Umi (Ibu) tahu kamu betul. Ini semua fitnah!
"Kami mahu pembunuh yang sebenar, " katanya.
Terdahulu polis turut merampas telefon bimbit pasangan itu dan turut menyoal pengasuh kanak-kanak itu.
Mayat Zayn Rayyan ditemui di tepi sungai kira-kira 200 meter dari rumahnya di Apartment Idaman di Damansara Damai.
Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.
Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah. - Sinar Harian
video: