Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mayat Farida ditemui dalam perut ular sawa (video)


Seorang wanita yang hilang semalaman, ditemui meninggal dunia di dalam perut ular sawa, kata pegawai tempatan, semalam.

Mayat Farida, 45, ditemukan suaminya dan penduduk Kampung Kalempang di Sulawesi Selatan pada Jumaat lalu, selepas mereka memotong perut ular sawa yang sepanjang kira-kira lima meter.


Ketua kampung, Suardi Rosi memberitahu AFP, ibu kepada empat anak itu dilapor hilang pada malam 6 Jun selepas tidak pulang ke rumah, yang memaksa penduduk melakukan pencarian.

Suaminya menjadi lebih curiga dengan kehilangan itu apabila menemui barang milik Farida di semak dekat kawasan kampung.

"Penduduk kemudian mencarinya di lokasi berhampiran sebelum menemukan ular sawa dengan perut yang sangat besar.

"Mereka bersetuju untuk memotong perut ular sawa itu dan sebaik dilakukan, kepala Farida terkeluar serta-merta," katanya.

Farida ditemui lengkap berpakaian, di dalam perut ular berkenaan.

Insiden sebegitu dianggap kes yang sangat jarang berlaku namun, Indonesia merekodkan beberapa kematian akibat ditelan ular sawa dalam tempoh beberapa tahun.

Tahun lalu, penduduk di daerah Tinanggea, Sulawesi Tenggara membunuh seekor ular sawa sepanjang lapan meter yang menelan seorang petani.

Pada 2018 pula, wanita berusia 54 tahun ditemui mati ditelan ular sawa sepanjang tujuh meter di bandar Muna, Sulawesi Tenggara.

Tahun sebelum itu, petani di Sulawesi Barat dilapor hilang sebelum mayatnya ditemui dalam perut ular sawa sepanjang empat meter di ladang kelapa sawit.

BACA: Wanita 28 tahun maut dihiris suami 12 kali


video:

VIDEO SEBENAR tanpa dikaburkan tengok sini (lihat di bahagian komen)
klik sini