Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

MKT UMNO putus bantu calon PH di PRK Sungai Bakap


KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan untuk menggerakkan sepenuhnya jentera parti bagi membantu calon peraduan, Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu diputuskan berdasarkan kepada prinsip kerajaan perpaduan yang didokong oleh UMNO Barisan Nasional (BN) bersama Pakatan Harapan (PH).


“UMNO akan menggerakkan sepenuhnya seluruh jentera parti untuk membantu kemenangan calon parti Kerajaan Perpaduan di Piliharaya Kecil N.20 DUN Sungai Bakap,” katanya dalam satu kenyataan rasmi setela mesyuarat MKT itu berakhir malam tadi.

Mesyuarat dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan dihadiri timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Untuk PRK kali ini, kerajaan menamakan anak tempatan, bekas Pengarah Institut Aminudin Baki (IAB) Cawangan Utara, Dr Joohari Ariffin, 60 bagi merampas kerusi berkenaan.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandang daripada Pas, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian pada 6 Julai, selepas penamaan calon dan pengundian awal, masing-masing 22 Jun dan 2 Julai.

Dalam pada itu, UMNO menamakan tiga pemimpinnya iaitu Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selaku Pengarah Pilhanraya BN Dun Sungai Bakap, Datuk Musa Sheikh Fadzir selaku Pengarah Operasi dan Datuk Seri Ahmad Maslan selaku Ketua War Room PRK Sungai Bakap.

Menerusi kenyataan sama, Asyraf berkata mesyuarat juga bersetuju Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan pada 21 hingga 24 Ogos depan.

Asyraf turut memberitahu, mesyuarat memutuskan UMNO di semua peringkat mesti mengambil tanggungjawab untuk membantu kerajaan membumikan dan melaksanakan Dasar TVET Negara.

Langkah itu katanya, bagi memastikan lebih 250,000 tempat-tempat pengajian TVET yang disediakan oleh 1,345 institusi TVET seluruh negara, dimanfaatkan dan dapat diisi sepenuhnya oleh anak-anak muda.

“Mesyuarat merasakan agenda TVET yang dipelopori oleh Presiden UMNO selaku Pengerusi Majlis TVET Negara merupakan satu inisiatif yang berimpak besar yang mampu membantu anak-anak muda yang punya potensi besar dalam pelbagai aspek kemahiran dan vokasional dapat dibela dan diberikan peluang masa depan yang lebih cerah dengan peluang pekerjaan bergaji premium,” kata Asyraf lagi. – MalaysiaGazette