Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pemandu kereta rempuh lobi hospital Sultanah Fatimah (video)


MUAR: Seorang pemandu kereta hilang kawalan lalu merempuh lobi Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) dekat sini, malam tadi.

Kejadian yang dilaporkan berlaku jam 10.15 malam itu, turut tular di media sosial.

Kejadian tidak menyebabkan sebarang kecederaan terhadap petugas hospital.


Susulan kemalangan itu, tiang lobi hospital dan beberapa struktur yang sedang dalam kerja pembaikan kerangka bumbung dan siling, mengalami kerosakan.

Pihak hospital yang dihubungi mengesahkan kejadian. Pemandu tersebut didakwa mengalami masalah sawan.

Kereta terbabit kemudian ditarik oleh trak penunda dari kawasan lobi hospital berkenaan.

Pihak Polis ketika dihubungi memaklumkan, sehingga tengah malam tadi masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

video: