Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Taman tema Genting terbakar (video)


PENGUNJUNG di Genting Highlands digemparkan dengan kebakaran yang berlaku dekat taman tema outdoor, pada petang Jumaat.

Tular video dan gambar di media sosial menunjukkan kebakaran tersebut.

Kebakaran itu disahkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Genting Highlands.


Kejadian yang mencetuskan suasana panik dalam kalangan pengunjung itu berlaku kira-kira pukul 4.45 petang.

Menurut jurucakap, kejadian dipercayai melibatkan sebuah bangunan empat tingkat di taman peranginan itu.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Pahang dalam satu kenyataan turut memaklumkan pihaknya tiba di lokasi kejadian pada pukul 5.18 petang.

Menurut kenyataan itu, empat anggota dari JBPM Genting Highland dikerah ke lokasi kejadian dan dibantu oleh 16 anggota masing-masing dari balai Bentong dan Janda Baik.

vodeo: