Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

14 wanita didenda RM700, jadi GRO di Terengganu



KUALA TERENGGANU: Gara-gara menyalahguna pas lawatan sosial, seramai 14 wanita Thailand yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Noor Mazrinie Mahmood menjatuhkan hukuman demikian selepas kesemua tertuduh membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan dalam bahasa Thai.


Beliau memerintahkan setiap tertuduh yang gagal membayar denda dikenakan hukuman penjara selama sebulan.

Berdasarkan pertuduhan, kesemua tertuduh yang berusia dalam lingkungan 20 sehingga 40 tahun didakwa melanggar syarat pas lawatan sosial yang berkuat kuasa sehingga 5 Ogos depan dengan bekerja sebagai pelayan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah premis hiburan di daerah ini pada pukul 1.30 pagi, 30 Mei lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aisyah Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam, Che Amir Che Musa.