Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Budak 6 tahun hilang sejak semalam, polis guna khidmat anjing K9


ISKANDAR PUTERI: Polis menggunakan khidmat unit pengesan anjing (K9) dalam usaha mencari seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di sebuah tapak festival di Eko Galleria 3, Jalan Eko Botani 3/2, Taman Botani dekat sini, sejak malam semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, kehilangan mangsa disedari bapanya kira-kira jam 8.30 malam.


“Kita sedang mencari seorang kanak-kanak perempuan berbangsa Cina dikenali sebagai Albertine Leo Jia Hui, 6, dilaporkan hilang di sebuah tapak festival di Eko Galleria 3, Jalan Eko Botani 3/2, Taman Botani di sini sejak semalam.

“Mangsa berketinggian 120 sentimeter bertubuh kurus sederhana dan berambut panjang bewarna hitam.

“Ketika hilang mangsa dilaporkan memakai baju kemeja T putih bergambar Mickey Mouse serta berseluar pendek,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi mencari mangsa di lokasi kejadian dan kawasan sekitarnya kini sedang giat dijalankan.

Orang ramai yang menjumpai atau mempunyai maklumat diminta menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri 019-2792095 atau Bilik Gerakan 07-2212999 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Ridzuan Abd Hadi ditalian 017-7051097.

video: