Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Budak perempuan 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16 pangsapuri Presint 9


PUTRAJAYA - Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkap bilik tidur utama kediamannya di tingkat 16, Presint 9, di sini pada Selasa.

Dalam kejadian itu, mangsa disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Putrajaya.


Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, maklumat kejadian diterima pihaknya daripada MERS 999 pada jam 7.50 pagi.

Menurutnya, mangsa merupakan anak bongsu daripada dua beradik dan ketika kejadian mangsa ditinggalkan bersendirian kerana bapanya keluar menghantar anak sulung ke sekolah, manakala ibu keluar bekerja.

"Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkap bilik tidur utama.
"Rutin harian kebiasaan mangsa akan tinggal sendirian sementara masih tidur sebelum dihantar ke taska terletak di blok bawah apartmen terbabit," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata, bapa mangsa bertugas sebagai penolong akauntan di sebuah kementerian di Putrajaya, manakala ibunya bekerja sebagai guru tadika.

Tambah beliau, siasatan masih dijalankan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu laporan bedah siasat.

Sebelum itu, beberapa gambar telah tular di aplikasi WhatsApp memaparkan kejadian terbabit.

Sinar Harian

video:

video: