Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Calon BN di Nenggiri penuhi kriteria, dapat restu Ku Li -Zahid


GUA MUSANG: Calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dipilih kerana memenuhi kriteria dan ciri 'WALI', selain menjadi pilihan Tengku Razaleigh Hamzah.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Azmawi ada ciri WALI iaitu adalah boleh menang, diterima serta 'disenangi.


Katanya, ketika berunding dengan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh berhubung pemilihan calon, beliau diberikan tiga nama untuk diputuskan.

"Sebaik menerima senarai nama berkenaan, saya membuat risikan siapa yang menjadi pilihan Tengku Razaleigh dan saya dapati pilihannya adalah Mohd Azmawi.

"Keputusan dibuat bukan semata-mata Mohd Azmawi menjadi pilihan Ku Li, sebaliknya Ketua Pemuda UMNO Kelantan dan Gua Musang itu juga memenuhi ciri WALI.

"Alhamdulillah, calon sudah kita umumkan, jentera pilihan raya juga sudah dilancarkan dan kini seluruh jentera perlu bekerja keras bagi memastikan kemenangan kerusi DUN Nenggiri," katanya berucap pada Majlis Pelancaran Jentera BN, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi BN Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Pada masa sama, Ahmad Zahid terdapat 20 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di DUN Nenggiri meliputi sembilan PDM di kampung tradisional, KESEDAR dan JAKOA masing-masing lima PDM dan FELDA membabitkan satu PDM.

"Justeru, saya meminta pengerusi agensi masing-masing memainkan peranan dalam memastikan kemenangan memihak kepada BN.

"Banyak usaha yang dilakukan oleh semua agensi berkenaan terutama KESEDAR dan FELDA yang banyak membangunkan kemajuan di Kelantan dan seharusnya penduduk perlu berterima kasih kepada kerajaan.

"Pada masa sama, soal pembangunan masyarakat Orang Asli juga akan diteruskan," katanya.