Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Dituduh jadi jurucakap PN, Akmal Saleh hentam Lokman Adam (video)


KETUA Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh “menghentam” Datuk Lokman Noor Adam setelah Pengarah Komunikasi UMNO itu menuduhnya menjadi jurucakap parti lawan.

Ini gara-gara Dr Akmal tidak bersependapat berhubung keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang menolak notis pengosongan kerusi enam Ahli Parlimen Bersatu yang telah dilucutkan keahlian parti.


Ahli Dewan Undangan (ADUN) Merlimau itu berkata, Lokman bagaikan “orang yang tiada otak” kerana menuduh pihak yang berbeza pendapat sebagai jurucakap parti lain.

Malahan beliau berkata, kenyataan seperti Lokman itulah yang menyebabkan rakyat semakin benci dengan orang politik.

“Bila berbeza pendapat, tuduh orang jadi jurucakap parti lain. Inilah level (tahap) orang yang tiada otak dan buatkan rakyat benci pada orang politik.

“Teruskan menjadi bodoh wahai Lokman Adam kerana rakyat tidak bodoh, yang bodoh macam tiada otak itu hanya kau sahaja!,” katanya bernada geram menerusi Facebooknya hari ini.

Sebelum ini, Akmal menganggap keputusan Yang Dipertua tidak mengosongkan kerusi enam Parlimen milik Bersatu sebagai mensia-siakan Akta Antilompat Parti yang sebelum ini diminta oleh rakyat.

Malahan beliau menganggap keputusan tersebut akan menyebabkan “katak-katak politik” akan terus berlaku dan menjadi perosak negara.

Bagaimanapun Lokman mempertahankan keputusan Speaker dengan menganggap enam Ahli Parlimen terbabit bukan “katak politik” kerana menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa keluar daripada parti mereka, Bersatu.

Akmal berkata, andai pandangan Lokman diambil kira bermakna jika ada wakil rakyat kerajaan yang menyokong pembangkang tanpa keluar parti, kita juga patut menyokong tindakan tersebut.

“Ambil contoh di Melaka, ADUN Rembia bertanding atas tiket BN tetapi bila berkempen sokong parti lawan, bila mengundi dalam dewan mengikut parti lawan, tetapi masih lagi ahli UMNO,itu dikira bukan ‘katak politiklah ya untuk kamu?

“Untuk makluman Lokman Adam, apa pun istilahnya bila individu yang menang atas parti lain tetapi sokong parti lain selepas menang walaupun tidak keluar parti itulah lompat parti ataupun katak politik.

“Macam dulu Lokman Adam dari PKR, akhirnya melompat masuk UMNO, itupun katak politik juga tetapi sebab bertanding pilihan kalah, (maka) akta lompat parti itu tidak terpakai dengan kamu,” bidasnya. 



video: