Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Donald Trump ditembak ketika kempen, dua maut (video)


Dua orang disahkan maut selepas tembakan dilepaskan ke arah bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, di sebuah perhimpunan di Butler, Pennsylvania, pada malam Sabtu.

Pihak berkuasa telah mengesahkan bahawa individu yang disyaki melepaskan tembakan tersebut telah meninggal dunia dan seorang lagi peserta perhimpunan turut terkorban dalam insiden tembakan itu.


Menurut Peguam Daerah PA, Goldinger, seorang lagi individu cedera dan bekas Presiden Amerika Syarikat, Trump, dilaporkan selamat dan hanya “tercalar oleh tembakan”.

Trump, 78, dilihat tergesa-gesa dibawa turun dari pentas oleh pegawai penguatkuasa undang-undang bersenjata sebaik sahaja bunyi tembakan kedengaran sekitar jam 6.13 petang semasa perhimpunan berlangsung.

Tanpa berlengah, Trump segera dibawa keluar dari lokasi perhimpunan dengan kawalan konvoi kenderaan sementara pihak penguatkuasa undang-undang bergegas untuk mengawal kawasan tersebut, lapor Mirror US.

"Presiden Trump berterima kasih kepada pihak penguatkuasa dan pasukan penyelamat atas tindakan pantas mereka semasa kejadian ini.

“Beliau selamat dan sedang menjalani pemeriksaan di sebuah pusat perubatan tempatan. Maklumat lanjut akan menyusul,” tulis kenyataan rasmi Kempen Trump.

Bekas presiden dan calon Republikan itu sedang menunjukkan carta angka penyusupan sempadan semasa perhimpunan terakhirnya sebelum Konvensyen Nasional Republikan dibuka pada Isnin ini.

Berdasarkan video yang beredar, beberapa das tembakan dipercayai dilepaskan ke arah beliau semasa perhimpunan berlangsung.

Namun, tembakan tersebut tersasar dan hanya menyebabkan beliau terluka di bahagian telinga.

video:

video: