Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Hilang sejak Rabu, polis mohon bantuan kesan Nur Farah



TANJUNG MALIM - Polis mohon bantuan orang awam bagi mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu.

Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang bekerja di sebuah kedai kereta sewa dilaporkan hilang selepas menghantar kenderaan kepada pelanggannya di Taman Universiti dekat sini.


Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd Hasni Mohd Nadir berkata, laporan kehilangan wanita itu diterima daripada rakan sekerjanya jam 1.56 pagi pada Khamis.

"Kehilangan mangsa yang juga bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu disedari pengadu selepas dia gagal masuk ke pejabat.

"Kali terakhir mangsa memakai baju korporat Muslimah warna biru jeans, bertudung dan berseluar hitam," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Muallim di talian 05-4596122.