Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Isteri Harith Iskander failkan perceraian


Isteri kepada pelawak terkenal Harith Iskander, Dr. Jezamine Lim, dikatakan telah memfailkan cerai.

Menurut laporan mStar, Dr. Jezamine memfailkan cerai itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Khabar angin mengenai perceraian ini timbul apabila Dr. Jezamine dilihat bergambar bersama peguamnya, Datuk Akberdien Abdul Kadir, di hadapan dewan mahkamah.

Dr. Jezamine mengakui dakwaan tersebut tetapi memilih untuk tidak mendedahkan punca buat masa ini.

“Betul, saya telah memfailkan cerai. Saya tidak ingat tarikh sebenar permohonan itu dibuat tetapi lebih kurang sebulan lalu. Saya belum ada sebarang komen. Mungkin nanti saya akan ceritakan,” kata Dr. Jezamine.

Untuk pengetahuan semua, Harith dan Jezamine telah berkahwin pada 12 Jun 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.