Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Jari terpaksa dibuang, luka ketika menyiang udang


Necrotizing Fasciitis

Seorang lelaki terluka jarinya semasa menyiang udang. Tidak luka teruk pun, hanya tercucuk dan berdarah sedikit. 

Ini bukan kali pertama dia tercedera ringan semasa menyiang udang / ikan. Selepas pendarahan berhenti, beliau terus menyambung melakukan tugas rutin seperti biasa. 


Keesokan harinya lelaki malang ini mula alami gejala demam dan hujung jarinya menjadi bengkak dan kehitaman.  Dia segera ke hospital dan di jabatan kecemasan doktor mengesahkan dia menghidap Necrotizing Fasciitis iaitu sejenis jangkitan kuman SERIUS.

Tidak sampai beberapa jam, jarinya bertukar menjadi lebih hitam tanda bakteria itu sudah mula memakan daging di hujng jaringa. Ya, bakteria ini juga dikenali sebagai “Bakteria Pemakan Daging” . 

Pembedahan kecemasan perlu dilakukan segera untuk membuang bahagian otot yang telah dimakan bakteria. Jika lambat bertindak, kuman boleh masuk merebak dan lelaki ini mungkin hilang tangan atau seluruh lengan!  Lebih serius, kuman boleh masuk ke darah dan menyerang organ organ penting.

Vibrio Vulnifikus 

Pesakit ini bertuah kerana dia datang ke hospital awal. Jika lewat, mungkin nyawanya terancam. Luka di tangannya mengambil masa lama untuk sembuh, tetapi apa yang lebih penting, nyawanya dapat diselamatkan.

Bakteria yang sering ada di haiwan laut ini namanya Vibrio Vulnifikus. Ia menjangkiti manusia apabila tercedera semasa menyiang ikan/ udang. Ia juga boleh menjangkiti penyelam yang ada luka terdedah di kulitnya atau apabila makanan laut dimakan mentah.

Pengajaran

✔️ Elakkan kecederaan semasa menyiang ikan / udang

✔️ Pakai sarung tangan utk elak cedera

✔️ Jika terluka, basuh dengan air sabun dengan cepat. Jangan picit atau ikat hujung jari

✔️ Jika ada gejala demam, bengkak, kulit bertukar warna, dapatkan rawatan segera

sumber: Public Health Malaysia

video:



video: