Kementerian Luar sahkan 123 rakyat Malaysia selamat naiki penerbangan khas dari Bangladesh
Labels:
Isu Semasa
Kementerian Luar sahkan 123 rakyat Malaysia selamat menaiki penerbangan khas AirAsia AK76 hari ini, pukul 11.23 pagi (waktu tempatan) di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal, Dhaka, Bangladesh.
Mereka dijangka tiba di KLIA Terminal 2 pukul 5.10 petang waktu Malaysia.
Airlines : Air Asia AK76
Date : 23 July 2024
Departure : Hazrat Shahjalal International Airport, DAC (ETD 1100 hrs)
Arrival : Kuala Lumpur International Airport, KUL (ETA 1500 hrs)
Semalam, kerajaan mengaktifkan pelan evakuasi untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Dhaka, Bangladesh termasuk 124 pelajar, kata Menteri Luar Mohamad Hasan.
Beliau berkata keputusan itu dibuat susulan situasi rusuhan yang kian memuncak di negara itu.
Mohamad kini berada dalam perjalanan ke Vientiane untuk menghadiri mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN bermula esok
-Bernama