Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pelakon popular belasah teman wanita dekat Ara Damansara


PETALING JAYA: Seorang wanita dibelasah teman lelakinya yang juga pelakon di Ara Damansara, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar@Ismail, berkata pihaknya menerima laporan kejadian jam 6 petang, semalam.


"Dalam kejadian jam 3 pagi, mangsa berusia 25 tahun keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek yang memarahinya kerana perselisihan faham.

"Teman lelaki mangsa berusia 37 tahun kemudian meminta wanita berkenaan untuk datang berjumpanya sebelum mereka bertemu di Ara Damansara kira-kira jam 4 pagi," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shahrulnizam berkata, sebaik tiba, mangsa masuk ke dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu teman lelakinya.

"Tiba-tiba teman lelaki mangsa memarahinya dan terus menumbuk mata sebelah kiri serta badan wanita berkenaan.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya yang memaklumkan mangsa membuat laporan di Balai Polis Sea Park, di sini, berhubung kejadian terbabit.