Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pempengaruh Tik Tok maut, wanita tempatan ditahan


KUALA LUMPUR - Seorang wanita warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan berkaitan ugutan melalui aplikasi Tiktok terhadap seorang pempengaruh media sosial.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner, Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, wanita berusia 35 tahun itu ditahan di Rawang, Selangor pada jam 1.45 pagi Isnin.


"Suspek kini direman tiga hari bermula Isnin hingga Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah), Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 (menyebarkan kenyataan jelik) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (kelakuan aib)," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ahmad Sukarno berkata, pihaknya menerima aduan berkaitan kes itu daripada seorang lelaki berusia 39 tahun pada jam 4.13 petang, Sabtu.

"Siasatan pihak polis mendapati kejadian tersebut berlaku pada 30 Jun dan 1 Julai lalu, semasa pengadu berada di Jalan Ipoh, di sini, telah terlihat dua posting melalui Tiktok mengenai fitnah dan ugutan terhadap pempengaruh itu.

"Kedua-dua akaun TikTok tersebut telah menggunakan gambar pempengaruh itu sebagai latar belakang kandungan video yang telah dimuat naik ke akaun masing-masing," katanya.

Beliau berkata, kandungan terbabit juga didapati mengandungi ugutan dan ancaman kepada pempengaruh berkenaan serta turut menggunakan kata-kata kesat dan lucah.

"Hasil semakan polis mendapati tohmahan dan fitnah yang dilaporkan wujud berdasarkan tangkap layar yang dikemukakan oleh pengadu kepada pihak polis, namun disyaki telah dipadam oleh kedua-dua pemilik akaun Tiktok tersebut," katanya.

Ahmad Sukarno berkata, Polis Kuala Lumpur menasihati orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang artikel ataupun kandungan yang boleh menimbulkan kegusaran dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan insiden ini boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Kumaran Krishnan di talian 010-9093726 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-40482222," katanya.

Pada Ahad Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dilaporkan berkata, isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.

Beliau berkata, pembentangan itu diminta sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan ia juga akan menyentuh laporan berhubung insiden melibatkan seorang pempengaruh di aplikasi TikTok yang didakwa membunuh diri kerana tertekan akibat buli siber.

Mayat pempengaruh wanita berumur 29 itu ditemui di rumahnya kira-kira jam 11 pagi, Jumaat lalu.

Fahmi berkata, masalah utama menangani buli siber adalah kebanyakan pelaku bersembunyi di sebalik akaun palsu sehingga menyukarkan usaha mengenal pasti identiti mereka.

Fahmi berkata, keluarga pempengaruh itu telah membuat laporan polis dan pihak kementerian telah berhubung dengan TikTok yang menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama lebih proaktif.

Pempengaruh TikTok berusia 29 yang ditemukan maut Jumaat lepas pernah cuba meminta pertolongan daripada terus menjadi mangsa buli di media sosial.

Timbalan Pengerusi Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), David Marshel mendedahkan wanita berkenaan ada menghubunginya minggu lalu untuk diselamatkan daripada dibuli beberapa individu yang menggunakan nama samaran atau akaun palsu.

Menurutnya, pempengaruh itu memberitahu bahawa dia mahu membunuh diri akibat tekanan yang berpunca daripada kata-kata hinaan sehingga membabitkan ahli keluarga


video: