Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PRK Sg Bakap: Terdapat sedikit peralihan undi orang Melayu


SHAH ALAM - Terdapat sedikit peralihan pengundi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap namun keputusan masih dipengaruhi oleh calon pilihan pengundi.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, 70 peratus kaum Melayu keluar mengundi diikuti India (58 peratus) dan Cina (47 peratus).


"Dengan jumlah keluar mengundi yang sangat berbeza di antara pengundi Melayu dan bukan Melayu, kerusi Sg Bakap menjadi kerusi majoriti besar Melayu (saluran-saluran bertukar dari Melayu-Bukan Melayu 55:45 kepada 75:25),” katanya menerusi Facebook pada Sabtu.

Secara keseluruhan, 39,279 pengundi berdaftar layak mengundi dalam PRK itu termasuk 57 anggota polis, namun tiada pusat mengundi awal dibuka walaupun tarikhnya ditetapkan pada 2 Julai lepas setelah SPR mengeluarkan 128 kertas undi kepada yang berhak mengundi secara pos.

Perikatan Nasional (PN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat pukul 8.15 malam tadi.

Calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Joohari Ariffin memperoleh 10,285 undi, manakala Abidin Ismail daripada PN memperoleh 14,554 undi.

Mengikut data pengiraan, PH hanya memenangi satu saluran iaitu di Puteri Gunung daripada sembilan saluran.

Jumlah pengundi berdaftar di DUN Sungai Bakap seramai 39,279 orang termasuk 57 anggota polis.

 -KOSMO! ONLINE