Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu lewat petang semalam.
"Ketika kejadian, remaja terbabit dikatakan berada di rumahnya bersama ibu serta adiknya.
"Difahamkan adik remaja berkenaan ada melihat kakaknya itu berada di balkoni sebelum mendengar jeritan orang awam," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ahmad Sukarno berkata, remaja yang berwarganegara Pakistan terbabit masih bersekolah dan tinggal bersama keluarganya di rumah terbabit.
"Semakan dilakukan juga mendapati remaja berkenaan mempunyai pasport.
"Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.
- Harian Metro
video: