Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kerajaan tak pernah nafi kewujudan titah tahanan rumah Najib -Shafee


PETALING JAYA: Shafee Abdullah, peguam Najib Razak mencabar kerajaan menafikan secara terbuka “perintah tambahan” dikatakan dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong terdahulu untuk membolehkan bekas perdana menteri itu menjalani baki tempoh penjaranya di bawah tahanan rumah.

Shafee berkata, tiada seorang pun pegawai atau institusi kerajaan menafikan kewujudan dokumen itu, yang turut dirujuk sebagai “titah adendum”.


“Anda fikirkanlah, perkara yang begitu mustahak tak ada individu daripada kerajaan (menafikannya).

“Kalau benda tu memang tak ada, kenapa tak boleh cakap? Katalah benda ni tak ada, jangan buang masa,” katanya dalam sidang media di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap kerajaan untuk memaksa penzahiran perintah tambahan dikatakan itu.

Hakim Amarjeet Singh berkata, tidak wujud kes boleh dipertikaikan yang memerlukan semakan kehakiman didengar.

Katanya, afidavit difailkan Najib serta Presiden Umno, Zahid Hamidi dan Naib Presiden, Wan Rosdy Wan Ismail ialah dengar cakap angin semata-mata.

Shafee kemudian memberitahu mahkamah bahawa mereka akan memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini.