Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Titah Adendum Najib: Orang UMNO perlu bertindak demi maruah parti -Ku Li


UMNO perlu bertindak meminta pihak berkuasa mencari gali apa yang sebenarnya diputuskan oleh Yang Dipertuan Agong berkenaan kewujudan titah pengampunan penuh ke atas bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak seperti yang telah diperkatakan oleh anak beliau baru-baru ini. 

Pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li berkata kerajaan juga perlu tunjukkan ketelusan berkenaan hal tersebut.


"Kerajaan kena tunjuk dia ni telus dan apa yang diputus oleh Agong terutama sekali dan juga oleh Lembaga Pengampunan patut dilaksanakan.

"Kalau benda itu samar-samar pun patut pihak yang berkuasa mencari gali apa sebenarnya yang diputus oleh Agong. Apa sebenarnya yang disetujui dan diputus oleh Lembaga Pengampunan laksanakanlan

"Dan orang UMNO pun bercakap saja berdegar-degar kata nak bertindak dan sebagainya kalau Najib dihina dan dianiaya.
Patutnya mereka bertindak dan beritahu kepada yang berkuasa bahawasanya ini tak boleh dipermainkan oleh sesiapapun.

"Ini soal maruah. Bukan saja maruah orang yang menjadi mangsa tetapi maruah parti itu sendiri. Di mana nak letak muka UMNO itu 

"Jadi saya rasa patut bertindak dan simpulkan benda ini dengan cepat supaya tidak berlarutan dengan berbagai-bagai kontroversi  menjadikan perkhabaran sana sini dengan tidak tentu hala.

"Apa akhir akan jadi kepada pengampunan yang kononnya telah dikata telah dikurniakan oleh Yang DipertuanAgong." ujar Ku Li.

-TunCarlos

video: