Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Usaha UMNO dapatkan tahanan rumah untuk Najib gagal, ditolak mahkamah


MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran mulakan semakan kehakiman bagi mencabar kewujudan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 membenarkan bekas perdana menteri itu menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan rumah.

Hakim Amarjeet Singh menolak permohonan itu selepas mempertimbangkan afidavit sokongan difailkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail.


Amarjeet berkata afidavit itu berdasarkan dengar cakap (hearsay) kerana ia tidak menunjukkan pengetahuan langsung kewujudan perintah tambahan itu.

Pada 1 April, Najib memfailkan semakan kehakiman untuk mengesahkan titah tambahan dibuat Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah semasa mesyuarat FTPB yang diadakan pada 29 Januari, sehari sebelum penggal baginda berakhir.

Najib mendakwa dekri tambahan itu tidak diumumkan oleh lembaga pada 2 Februari dan kerajaan menghina kerana tidak melaksanakannya.

Beliau mahu mahkamah memaksa kerajaan melaksanakan dekri tambahan itu, jika wujud, meletakkannya di bawah tahanan rumah.

Najib pada masa ini menjalani hukuman di penjara Kajang.

Pada 29 Januari, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan Agong pada masa itu, memendekkan jumlah hukuman penjara 12 tahun dikenakan terhadap Najib bagi sabitan salah guna kuasa dan mengurangkan denda RM210 juta kepada RM50 juta.

Peguam Najib, Shafee Abdullah, memberitahu mahkamah pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini. – 3 Julai, 2024.