Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Wanita ditemui maut ditikam di leher, dada dan kaki


Bayan Lepas: Seorang wanita  ditemukan maut di tingkat tiga Flat Taman Indah Batu Maung di sini, semalam, dengan kesan tikaman di leher, dada dan kaki.

Dalam kejadian itu, mangsa merupakan warga asing yang berusia 30-an ditemukan dalam keadaan terlentang di kaki lima flat berkenaan.


Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.51 malam daripada orang awam mengenai penemuan wanita yang tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati badan mangsa mempunyai kesan luka di bahagian leher, dada dan kaki disyaki disebabkan senjata tajam.

"Susulan itu, polis sedang mengesan lelaki warga Myanmar bernama Khin Mg Myo berusia 34 tahun.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi pegawai penyiasat di talian 014-9237366 atau 04-8662222," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Kamarul Rizal, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun keseksaan.

-HarianMetro