Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Adik Nuraina Humaira disyaki dirogol sebelum dibunuh -Polis


SUNGAI SIPUT - Polis tidak menolak kemungkinan kanak-kanak perempuan yang ditemui mati di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu di sini, Sabtu lalu dirogol sebelum dibunuh.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, bedah siasat yang dijalankan ke atas Nuraina Humaira Rosli, 10, terdapat kesan koyakan pada kemaluannya.


Menurutnya, laporan sama juga menunjukkan kecederaan akibat tekanan pada bahagian leher mangsa.

"Kes ini telah diklasifikasikan semula sebagai bunuh dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput di sini pada Ahad.

Nuraina Humaira ditemui mati selepas hilang sejak Jumaat