Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Azizulhasni tersingkir dari acara keirin Olimpik


[DIKEMAS KINI] JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang berdepan nasib malang setelah disingkirkan daripada saringan pertama acara keirin lelaki Sukan Olimpik 2024 di Paris sebentar tadi.

Insiden berlaku di Velodrom Saint Quentin ketika pelumba berusia 36 tahun itu dikesan memintas derny - basikal elektrik bertindak sebagai pacer sebelum garisan permulaan.


Kejadian tersebut sekali gus memaksa saringan satu dimulakan semula tanpa kehadiran Azizulhasni.

Hanya lima pelumba memulakan perlumbaan dan saringan tersebut diungguli pelumba Australia, Matthew Glaetzer.

Tempat kedua pula menjadi milik Jeffrey Hoogland dari Belanda.

Sebagai rekod, dua pelumba teratas pada setiap saringan akan mara ke pusingan suku akhir yang dijadual pada Ahad.

Saingan 'repechages' pula dijangka bermula kira-kira jam 1 pagi ini dan dua pelumba teratas akan turut mendapat slot ke pusingan seterusnya.

Malangnya tiada repechage buat Azizulhasni, sekali gus mengakhiri perjalannnya dalam edisi kali ini.

Azizulhasni pada edisi di Tokyo 2020 tiga tahun lalu meraih pingat perak.

video: