Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

'Bukan hanya ke stadium, saya bawa pistol ke mana sahaja' -Abdullah Sani


SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid mempertahankan tindakan beliau membawa pistol selepas video mengenainya tular di media sosial pada Khamis.

Abdullah Sani berkata, beliau mempunyai lesen senjata api sejak 2012 lagi dan memilikinya, namun mendakwa ia tidak boleh ditinggalkan sembarangan tempat.


"(Senjata api) hendaklah sentiasa berada dalam jagaan saya.

"(Saya) bukan hanya (bawa senjata api) di stadium, tetapi bawa ke mana sahaja saya pergi," katanya dalam aplikasi X.

Terdahulu, tular video Abdullah Sani yang juga pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), membawa pistol selepas sidang media di Stadium Cheras, Kuala Lumpur pada Selasa.

Video berdurasi 14 saat di media sosial itu mendapat pelbagai reaksi netizen terutama ia dilakukan semasa acara rasmi.