Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Dakwaan jual manusia, Dr Mashitah dan suami buat laporan polis di Bukit Aman


Putrajaya: "Saya menafikan terbabit dalam aktiviti sebuah kumpulan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar seperti yang dilaporkan media semalam," kata bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Menurutnya, maklumat berkenaan dikutip daripada media picisan di Indonesia.

Sehubungan itu, beliau sudah membuat laporan dan memberi keterangan di Bukit Aman semalam berkaitan tuduhan liar beberapa pihak seperti Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO).


"Saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mahkamah kepada pihak yang cuba mengaitkan dengan fitnah ini bertujuan menjatuhkan reputasi diri saya."

"Terima kasih kepada rakan-rakan yang prihatin. Alhamdulillah saya kekal utuh berpegang kepada ajaran Islam dan tidak terbabit dengan mana-mana aktiviti yang bercanggah agama mahupun undang-undang negara," katanya yang ditulis di Facebooknya.

Semalam, MHO menyerahkan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat pembabitan seorang ahli politik di negara ini bersama suaminya, membabitkan sebuah kumpulan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Maklumat yang tersebat itu juga ada mengaitkan Sultan Pahang.

Dalam pada itu Buletin TV3 melaporkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah merakam keterangan ahli politik tersebut dan suaminya yang dikaitkan dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar.

Razarudin Husain berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan berhubung dakwaan sindiket pemerdagangan manusia melibatkan ahli politik di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pasangan suami isteri terbabit diambil keterangan pada Julai lalu, selepas artikel pertama berhubung kes berkenaan dilaporkan di Myanmar.

"Kita sudah menjalankan siasatan dan akan mendapatkan artikel yang dikeluarkan oleh negara berkenaan.

"Polis juga akan mencari saksi yang terbabit dan pasangan suami isteri itu juga sudah diambil keterangan pada Julai lalu," katanya.

Terdahulu, MHO meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat seorang ahli politik di negara ini yang didakwa terbabit sindiket pemerdagangan manusia.

Modus operandi sindiket itu didakwa cuba memperdaya mangsa secara dalam talian dengan menawarkan pekerjaan yang menarik sebelum memaksa mangsa bekerja sebagai 'scammer' penipuan judi secara dalam talian.