Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Enam parah dalam kemalangan bas SUK Selangor (video)


Shah Alam: Enam individu parah manakala 15 yang lain cedera ringan apabila bas SUK Selangor yang dinaiki bertembung dengan sebuah motosikal di Jalan Simpang Morib Kampung Kelanang, Taman Dawai Banting, Kuala Langat dekat sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kemalangan itu jam 1.07 petang.


Menurutnya, kemalangan itu membabitkan motosikal Honda EX5 dan bas milik Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) yang terbabas ke dalam parit pada kedalaman 2 meter.

"Siasatan mendapati, seramai 21 mangsa terdiri daripada 15 wanita dan enam lelaki di dalam bas. Pemandu dan kelindan dari SUK, manakala penumpang dari Mahkamah Selangor.

"Enam parah membabitkan dua lelaki dan empat wanita manakala 15 mangsa lagi cedera ringan.

"Seorang lelaki dewasa (pemandu bas) tersepit di bahagian pemandu dan kerja mengeluarkan mangsa sedang dilakukan oleh bomba," katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Md Razali berkata, semua mangsa yang parah, dianggarkan berusia 30-an hingga 40-an, dibawa ke Hospital Banting untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, maklumat awal diperoleh mendapati kemalangan berlaku apabila bas dipercayai mengelak motosikal sebelum terbabas ke dalam parit.

"Setakat ini, penunggang motosikal dan motosikal gagal dikesan," katanya.

video: