Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Isu 3R: PAS Pahang sokong penuh tindakan ke atas Presiden Bersatu


KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) Pahang menyokong penuh Titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah supaya siasatan yang adil dijalankan berhubung ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa berkempen di Nenggiri.

Ketua Pembangkang PN Pahang yang juga Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada polis bagi menjalankan tugas mereka.


Dalam masa sama, beliau menggesa semua pihak supaya tidak menimbulkan polemik berhubung isu itu serta akur terhadap titah Tuanku.

“Kami Ahli Dewan Negeri Pahang dari PN menzahirkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah, Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah lskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam menjalankan tugas baginda sebagai payung tempat kami semua bernaung,"

"ADUN PN Pahang menyokong penuh Titah Tengku Mahkota Pahang berhubung ucapan Tan Sri Mahyuddin semasa berkempen di Nenggiri agar satu siasatan yang adil dijalankan atas dakwaan tersebut,” katanya menerusi kenyataan yang turut dimuat naik di platform media sosial beliau hari ini.

Semalam, Setiausaha Sulit Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah membuat laporan polis terhadap Muhyiddin kerana membawa isu berkaitan agama, raja dan kaum (3R) ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan, baru-baru ini.

Amir Syaffiq Hamzah berkata, laporan itu dibuat selepas melihat rakaman video di YouTube yang dimuat naik oleh seorang pemegang akaun ketika berada di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang pada Jumaat.

Dalam rakaman itu, Muhyiddin didakwa menyebut Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah, tidak menjemput baginda mengangkat sumpah sebagai perdana menteri dan mendakwa mendapat sokongan 115 Ahli Parlimen ketika itu.

Sementara itu, polis turut mengesahkan menerima kira-kira 30 laporan berkenaan kenyataan Muhyiddin tersebut dan bekas Perdana Menteri berkenaan akan diambil keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan esok. – MalaysiaGazette


video biadap Muhyiddin: