Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Isu 3R: Peguam Muhyiddin mohon tangguh siasatan -KPN (video)


PROSES rakaman percakapan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sepatutnya berlangsung hari ini (Selasa) ditangguhkan kepada Rabu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, rakaman percakapan Muhyiddin akan dilakukan di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pukul 11 pagi.


"Peguam Muhyiddin maklum untuk ditangguhkan rakaman percakapan kerana dia masih berada di Thailand,"katanya.

Terdahulu, media melaporkan pihak polis akan merakam keterangan Ahli Parlimen Pagoh berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R (raja, agama dan kaum), hari ini (Selasa).

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, siasatan akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

"Polis menerima 28 laporan daripada pelbagai pihak berhubung perkara itu," katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai ucapan bekas Perdana Menteri itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Susulan itu, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kemurkaan dan terkilan atas tindakan Muhyiddin yang dilihat secara sengaja dan sinis mempertikaikan peranan Al-Sultan Abdullah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong. 

— The Star

video: