Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kemaraan Azizulhasni dalam pecut individu berakhir



Kuala Lumpur: Ia skrip yang hampir sama di Sukan Olimpik Paris 2024 dan Tokyo 2020 buat jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, tumpas kepada Jeffrey Hoogland dalam saingan 1/8 dan tersingkir di repechages pecut individu.

Di Tokyo pelumba Belanda itu yang menyingkirkan Azizulhasni dan Paris 2024 lawan yang sama menjadi penghalang, begitu juga dalam repechages 1/8 tiada rezeki buatnya untuk mara ke suku akhir.


Bezanya di Tokyo 2020 legenda Great Britain yang mengalahkannya di repechages 1/8, kali ini pelumba pecut nombor satu dunia, Mateusz Rudyk pula menunjukkan jalan keluar sekali gus gagal untuk sekurang-kurangnya mengulangi pencapaian Beijing 2008 dan London 2012.

Pelumba berusia 36 tahun itu memulakan aksi pecut individu dengan menduduki tempat ke-10 di pusingan kelayakan selepas mencatat masa 9.402 saat (s) iaitu rekod kebangsaan.

Sebelum mudah mengetepikan Luca Spiegel dari Jerman pada pusingan 1/32 dan mengalahkan pelumba Great Britain, Hamish Turnbull di saingan 1/16.

Bagaimanapun, pelumba yang terkenal dengan gelaran The Pocket Rocketman itu masih mempunyai satu lagi talian hayat untuk membawa pulang pingat emas Olimpik sulung negara apabila beraksi dalam acara kegemarannya, keirin hujung minggu ini.

Seorang lagi pelumba negara, Shah Firdaus Sahrom pula tumpa di pusingan 1/32 kepada pelumba Israel, Mikhail Yakovlev, hasratnya untuk meneruskan kemaraan melalui peluang terakhir di repechages 1/32 juga menemui jalan buntu apabila dinafikan Vasilijus Lendel dari Lithuania.