Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mayat lelaki bertatu tanpa kepala ditemui atas landasan keretapi


JOHOR BAHRU: Mayat seorang lelaki tanpa kepala ditemui berhampiran landasan kereta api di Jalan Sukaria, Kampung Majidee, dekat sini, pagi tadi.

Lelaki berkenaan dipercayai dirempuh kereta api ketika berada di kawasan landasan berkenaan.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat dalam satu kenyataan berkata, mayat mangsa ditemui orang awam kira-kira jam 7.53 pagi tadi sebelum melaporkan kepada pihak polis.

“Mangsa dipercayai berumur 30 hingga 40an, berkulit sawo matang, berambut pendek, mempunyai tatu berbentuk naga di bahagian belakang badan, sebelum kejadian mangsa memakai seluar track dan baju t-shirt putih tanpa berkolar” katanya.

Tegasnya, siasatan awal polis tidak menemui sebarang kesan pergelutan atau unsur jenayah pada badan mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk proses bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran atau hotline IPD Johor Bahru  selatan di talian 07-2182323 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Naqwan Md Razif di talian 010-6610602.