Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mayat penyanyi Nidza Afham ditemui tepi Sungai Klang (video)


SHAH ALAM: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan penemuan satu mayat lelaki dewasa berhampiran jambatan Sungai Klang di sini.

Menurut JBPM Selangor, mayat lelaki berkenaan memakai pakaian berwarna gelap bernombor 56.


"Serah kepada pihak polis," katanya kepada media selepas ditanya sama ada mayat lelaki itu dipercayai penyanyi, Nidza Afham Mokhtar.

Sebelum ini dilaporkan kehilangan Nidza Afham didakwa berkaitan dengan kes samun.

Adiknya, Afrina Hanie Mokhtar berkata, polis mempercayai kehilangan Nidza Afham berkaitan dengan kes samun susulan kehilangan kad debit dan wang tunai manakala, kad pengenalan, kad pelajar dan gambar disimpan dalam dompet milik bekas peserta I Can See Your Voice Malaysia musim ketiga itu tidak berusik.

Afrina berkata, penemuan dompet dan telefon bimbit Nidza Afham atas Jambatan Sungai Klang juga berada dalam keadaan pelik.


video: