Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

MB Pahang kecewa fitnah tersebar di Tik Tok dakwa Tanah Rizah Melayu Pahang makin kritikal


KENYATAAN MEDIA

Saya ingin memberi penjelasan mengenai satu hantaran di laman TikTok yang mendakwa kawasan Tanah Rizab Melayu di negeri Pahang semakin berkurangan.

Saya ingin menegaskan bahawa kawasan Tanah Rizab Melayu di negeri Pahang sejak tahun 1955 sehingga 2023 semakin bertambah daripada 218,326 hektar kepada 444,074 hektar berbanding keluasan negeri Pahang iaitu 3,597,206.68 hektar, iaitu pertambahan daripada 6 peratus kepada 12.34 peratus.


Oleh yang demikian, saya menafikan sekeras-kerasnya hantaran tersebut dan ia merupakan satu fitnah dan permainan persepsi negatif untuk memburukkan Kerajaan Negeri.

Akaun Tik Tok yang menfitmah Kerajaan Pahang


Ini kerana, Kerajaan Negeri sentiasa memastikan Tanah Rizab Melayu terus dipertahankan dan Kerajaan Negeri juga akan terus melaksanakan penguatkuasaan bagi menghalang sebarang aktiviti pencerobohan tanah secara haram di atas tanah kerajaan.

Saya berharap orang ramai tidak mudah terpengaruh dan semaklah kesahihan terlebih dahulu dengan pihak berwajib.

Menteri Besar Pahang
24 Ogos 2024