Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pekerja kedai tomyam mati ditikam, 9 lelaki berjaya ditahan


Balik Pulau: Polis menahan lapan lelaki warga asing dan seorang warga tempatan bagi membantu siasatan seorang pekerja sebuah restoran makanan Thai di Jalan Bukit Genting, di sini, mati ditikam dalam insiden pergaduhan, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 3.15 pagi itu, pekerja warga asing berkenaan ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.


Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata, susulan kematian mangsa polis melancarkan Op Kejam Genting bagi mengesan suspek terbabit.

"Hasilnya, polis berjaya menahan sembilan lelaki iaitu lapan warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 20 hingga 35 tahun untuk membantu siasatan.

"Siasatan awal mendapati motif kejadian adalah berpunca daripada perasaan tidak puas hati," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Hamzah berkata, semua suspek ditahan reman selama seminggu sehingga 11 Ogos ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan .

"Jika sabit kesalahan boleh dihukum mati, atau penjara selama tempoh 30 hingga 40 tahun dan boleh dikenakan minimum 12 sebatan," katanya.