Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pelanggan restoran ditembak, lelaki lepas tembakan rambang dekat Klang


SHAH ALAM: Polis mengesahkan satu kejadian tembakan dilepaskan di sebuah restoran di BBT One Boulevard, Lebuh Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi, Klang dekat sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya maklumat berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki yang juga pengawal keselamatan di restoran itu, jam 2.55 pagi.


“Hasil siasatan mendapati, kejadian melepaskan tembakan berlaku pada 2.15 pagi di restoran berkenaan.

“Dalam kejadian itu, seorang lelaki dipercayai warga tempatan turun dari kenderaan dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah individu yang duduk di luar restoran itu sebelum melarikan diri dengan kenderaan sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Cha berkata, siasatan di tempat kejadian menemui lima butir kelongsong peluru, satu anak peluru serta dua kesan tembakan pada kerusi serta dua kesan pada dinding restoran itu.

“Seorang lelaki warga tempatan berusia 45 tahun terkena tembakan di bahagian punggung sebelah kiri dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

“Mangsa dalam keadaan stabil,” katanya.

Beliau berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan cubaan membunuh yang memperuntukkan penjara sampai 20 tahun.

“Pihak polis dalam usaha untuk mengesan dan menangkap suspek yang terbabit dalam kejadian ini.

“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian boleh hadir ke Balai Polis berhampiran atau menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 bagi membantu siasatan,” katanya.

-BuletinTV3