Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Puteri Sarah teruskan saman bekas pekerja RM1 juta (video)


KUALA LUMPUR: Pelakon Puteri Sarah Liyana tetap dengan pendirian untuk menyaman bekas pekerjanya, Nazatul Nazira.

Puteri Sarah yang tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, jam 2.25 petang tadi ditemani peguam Mohd Azmi Rais, yakin berada di pihak benar dan ingin menuntut hak yang sudah diambil.


"Saya failkan dua saman iaitu fitnah dan pecah amanah.

"Saya mahu perjuangkan hak yang saya tunggu dari tahun lalu. Kita tunggu ada atau tidak jalan penyelesaian.

"Jika pihak sana berkeras, saya pun berkeras juga. Saya geram dan yakin di pihak benar, semoga saya dapatkan kembali hak saya," katanya.

Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan saman dan tuntutan RM1 juta sebagai ganti rugi terhadap Nazatul Nazira yang didakwa membuat kenyataan fitnah.

Menerusi tuntutan kenyataan fitnah dikongsinya di Instagram, terdapat lima bukti kenyataan dibuat, antaranya Puteri Sarah dituduh mengambil dadah.

Selain itu, individu terbabit menggelarnya seorang bodoh sombong, menyara atau membela individu yang dipercayai bernama Andy, menganggap sebagai rakan kongsi dan seorang ketua yang suka menganiaya pekerja-pekerja.

Puteri Sarah turut menuntut individu itu menarik semula kenyataan fitnah dilemparkan dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya.

video: