Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tajuddin hadir ke PAU, akui terlalu rindu dengan UMNO

Tajuddin peluk DS Zahid


KUALA LUMPUR – “Saya sayang UMNO, saya rindu suasana ketika bersama UMNO”.

Demikian luahan sayu bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul ketika ditemui Kosmo! ketika menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini.


Tajuddin dengan nada sebak berkata, beliau sangat rindu untuk menghadiri PAU walaupun digantung UMNO selama enam tahun.

“Saya rindu pada UMNO, sebab itu saya datang tengok-tengok (PAU). Mana mungkin saya boleh lupakan UMNO.

“Saya lama ‘hidup’ bersama UMNO, susah senang, macam-macam lagi bersama UMNO. Kita tetap bersama UMNO kerana perjuangannya sudah ‘sebati’ dengan saya,” katanya kepada Kosmo!

Meskipun hadir hanya dengan memakai ‘tag’ pemerhati, Tajuddin berkata, semangatnya tidak pernah luntur dan terus akan berjuang dengan parti keramat orang Melayu itu.

Sementara itu, ketika ditanya tentang keadaannya yang ketika ini masih berdepan dengan penggantungan, Tajuddin berkata, beliau tetap sabar dan masih menjalankan tugas seperti biasa ketika ini.

“Tak apalah kita tunggu sahajalah, enam tahun bukannya lama. Apa jua keputusan selepas ini saya terima sahaja, sebab sudah banyak rayuan dibuat kepada Presiden, tetapi masih tiada jawapan.

“Walaupun saya digantung, saya masih menjalankan tugas seperti biasa di Pasir Salak, turun bantu jentera UMNO bekerja. Sebab sudah biasa saya buat ini dari dahulu.,”katanya.

Sebelum ini media melaporkan, Tajuddin digantung keahlian parti selama enam tahun atau dua penggal kerana kritikan terbuka terhadap parti itu dan tindakan khianat dengan memberi sokongan terhadap Muhyiddin dan gerakan yang ingin menjatuhkan UMNO. 

Keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang diadakan pada 30 September 2022.

Selain itu, Tajuddin turut menyifatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai “liabiliti” untuk parti itu, dan menggesanya untuk letak jawatan.-KOSMO! ONLINE.

video: