Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

'Terima kasih Awie, belum terpilih wakil rakyat ATM sudah dipasang' -Penduduk Nenggiri



GUA MUSANG - Lebih 30,000 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri melahirkan rasa lega dan gembira apabila mereka kini tidak perlu meredah perjalanan sejauh 50 kilometer (km) untuk mengeluarkan wang berikutan kawasan itu sudah dilengkapi dengan kemudahan mesin juruwang automatik (ATM).

Tinjauan Sinar Harian di SMS Maju Solutions, Jerek Baru di sini yang merupakan lokasi mesin ATM dipasang, rata-rata penduduk terharu dan bersyukur kerana 'suara' mereka didengar oleh pihak terbabit.


Mesin tersebut siap dipasang dan mula digunakan oleh penduduk di DUN Nenggiri pada Rabu.

Penduduk Kampung Jerek, Hamzah Noh, 54, berkata, sehingga kini dia tidak percaya mesin ATM sudah ada di kawasan kampungnya.

"Sebelum ini, saya perlu memandu hampir satu jam ke Bandar Gua Musang, tetapi sekarang tidak sampai tiga minit dari rumah.

"Terima kasih kepada Awie (calon Barisan Nasional, Mohd Azmawi Abdul Ghani) dan Abe Din (Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Mohd Syahbuddin Hashim) yang telah merealisasikan impian kami.

"Ini baru betul, wakil rakyat belum dipilih, ATM sudah dipasang," katanya yang sudah tidak sabar lagi hendak menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi pada 17 Ogos ini.

Sementara itu, anak perantau, Nor Faizal Che Mohd Noordin, 42, yang menetap di Rawang, Selangor memberitahu, dia begitu teruja bila pulang ke kampung dan melihat kemudahan ATM sudah ada.

Ujarnya dari Kampung Meranto, sebelum ini dia perlu ke Bandar Gua Musang sekitar 45 minit sekarang dari rumahnya hanya 10 minit sahaja.

Kakitangan swasta itu memberitahu, jika sebelum ini untuk pulang ke kampung halaman dia perlu menyediakan wang tunai secukupnya, sekarang ia bukan lagi menjadi satu masalah.

Sinar Harian