Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pendedahan ekslusif 5 hari sebelum tertubuh Kerajaan Perpaduan


𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥 𝗕𝗘𝗥𝗟𝗔𝗞𝗨 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔 𝟱 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗧𝗨𝗕𝗨𝗛 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗣𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡. 


𝗣𝗘𝗡𝗗𝗘𝗗𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗘𝗞𝗦𝗞𝗟𝗨𝗦𝗜𝗙 𝗗𝗥 𝗔𝗦𝗬𝗥𝗔𝗙 𝗪𝗔𝗝𝗗𝗜 dedahkan pembohongan TS Muhyiddin Yasin berkenaan apa yang berlaku selepas PRU15 dan sebelum Kerajaan Perpaduan ditubuhkan. Rekod kronologi ini penting sebagai sebahagian sejarah dari sumber BN-UMNO.

Untuk rekod setelah kalah dan hanya memenangi 30 kerusi Parlimen sahaja, BN telah bertekad untuk menjadi pembangkang dan menolak untuk sertai mana-mana gabungan samada PH dan PN bagi menjadi kerajaan.


𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔: 𝗞𝗘𝗔𝗗𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦 𝗕𝗡 𝗞𝗔𝗟𝗔𝗛

1.  Selepas BN kalah (PRU15) 19 November, yang pertama datang ke pejabat UMNO 3.30 pagi ialah Saifuddin Nasution berjumpa Dr Asyraf Wajdi & YB DS Zahid.

2.  Saifuddin bawa amanah dari DS Anwar bahawa dia diminta untuk hadir kerana PH ada 82 kerusi dan BN ada 30.

3.  Kalau 30 setuju bersama PH, maka DS Anwar boleh angkat sumpah pada malam tu sebagai PM.

4.  Dr Asyraf tanya 'you (Saifuddin) datang ni betul ke? Rafizi macamana? Anthony Loke macamana? Bukan mereka kuat hentam BN?'

5.  Kata YB Saif, "Rafizi lah antara orang yang pujuk saya datang sebab you (Saifuddin) sahaja yang boleh bercakap/pujuk YB Zahid sebab you bekas SU pemuda waktu YB Zahid Ketua Pemuda UMNO dulu'.

6.  Tetapi DS Zahid tidak buat keputusan waktu tu. Dia kata 'nanti dulu lah, biar kita wujudkan Jawatankuasa Perundingan'. Kalau ada perancangan 'cikgu dan anak murid', tentulah malam itu juga boleh setuju.

7.  DS Zahid tidak buat keputusan malam itu walhal dia boleh buat kerana semua MP BN telah tandatangani perjanjian sebelum menerima watikah (sebagai calon).

8.  Perjanjian itu memberi mandat sepenuhnya kepada Pengerusi BN (DS Zahid) untuk berunding dengan sesiapa sahaja bagi maksud menubuhkan kerajaan.

9.  Siapa yang ingkar, MP BN boleh hilang kerusi kerana antara isi perjanjian ialah 'secara rasminya saya akan melepaskan keahlian saya daripada menjadi ahli parti tersebut maka Akta Lompat Parti akan berfungsi'. Kedua, MP BN kena bayar Bon RM100juta.

10.  Perjanjian ini ditandatangan depan Pesuruhjaya sumpah disaksikan oleh 3 orang peguam. Ada video dan kamera yang rakam dengan jelas.

11.  Malam itu Saifuddin balik dulu dan DS Zahid adakan mesyuarat terus MT BN dan Biro Politik UMNO.

12.  Kita setuju adakan Jawatankuasa Perundingan dan letakkan 10 syarat pemula perundingan.

𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗗𝗨𝗔: 𝗕𝗡-𝗣𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗨𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚 & 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗞𝗛𝗜𝗔𝗡𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗡

13.  Keesokan harinya datang rombongan DS Anwar, Mat Sabu, Saifuddin ke Pejabat UMNO. Bukannya UMNO pergi terhegeh-hegeh hidung tak mancung pipi tersorong-sorong jumpa PH.

14.  PH datang dan berjumpa JK Perundingan BN yang ada juga wakil MCA dan wakil MIC. Ada Wee Ka Siong, Saravanan, Tok Mat, Dr Zambri, Ismail Sabri. Semua ada.

15.  PH datang untuk jemput UMNO bersama dalam kerajaan.

16.  DS Zahid berikan 10 syarat yang telah ditetapkan. DS tidak terus buat keputusan (waktu itu).

17.  Selepas habis perjumpaan tersebut, DS Zahid minta Dr Zambri berhubung dengan TS Muhyiddin, supaya berlaku adil untuk tunjuk pula syarat-syarat BN kepada PN.

18.  Malangnya, TS Muhyiddin tidak layan dan dia kata 'nanti dulu'. Ini sebabkan kita pelik.

19.  PH datang jumpa BN tak sabar-sabar tapi Muhyiddin kata 'nanti dulu'.

20.  Kalau kita nak buat keputusan, kalau DS Zahid nak jadikan ini sebagai alasan, 'kita sokong lah Anwar Ibrahim'. PH 82, BN 30. Cukup 112. Allah punya kuasa cukup-cukup.

21.  Tapi kerana keputusan JK untuk beri peluang kepada PN dahulu.

22.  Sampai apabila Ismail Sabri pergi menghadap YDP Agong dan balik dari Istana memaklumkan kepada JK BN yang sedang bermesyuarat 'Tuanku maklumkan ada 10 orang ahli parlimen BN yang sokong TS Muhyiddin'.

23.  Barulah kita tahu sebab kenapa TS Muhyiddin tidak respon terus. Maknanya ada pengkhianatan.

24.  Dulu dia (PN) khianati kita waktu bersama dengan kita (BN), kali ini pun, dia (PN) nak khianat lagi.

25.  JK Majlis Tertinggi buat keputusan, DS Ismail Sabri diarahkan oleh Presiden, ambil balik tandatangan 10 orang ini untuk sign (SD) tarik balik SD kepada Muhyiddin.

26.  Akhirnya semua tarik balik kecuali 3 orang.

𝗦𝗗 𝗦𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗛𝗬𝗜𝗗𝗗𝗜𝗡 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗔𝗛

27.  Keesokkannya, ini kebijaksanaan DS Zahid, arahkan saya (Dr Asyraf Wajdi) dan seorang lagi pegawai (dua orang sahaja yang tahu) untuk hantar 30 dokumen ke Istana Negara yang ada Apandix A-C. Watikah yang menyebut, menyokong DS Anwar.

28.  Itu hanya taktikal sahaja. Sebab bila tak cukup 10 tarik balik SD, maka nak dipastikan Istana dapat 2 set.

29.  Bila Tuanku panggil Muhyiddin pada hari ke-5, dia masih berkeras dan bagitahu 'kami sudah cukup jumlah'. 114.

30.  Tuanku kata 'tak boleh terima kerana dari 114, ada MP BN yang juga sokong Anwar Ibrahim dan ada juga 4 orang dari Parti Sarawak yang sign SD sokong Anwar juga dan ada juga yang sign 3 kali. PN hanya tinggal 73 dan tak cukup.

𝗧𝗨𝗔𝗡𝗞𝗨 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗣𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡

31.  Titah Tuanku, cukup-cukup berbalah. Negara akan hancur jika misalannya tak boleh tubuh kerajaan.

32.  Maka Tuanku dengan penuh tawadduk minta supaya TS Muhyiddin setuju atau tidak untuk tubuhkan KERAJAAN PERPADUAN.

33.  TS Muhyiddin berkeras dan keluar buat sidang media 'Tuanku minta tubuh Kerajaan Perpaduan, kami (PN) dah buat keputusan kita tidak bersetuju'.

34.  Lepas Muhyiddin keluar, Anwar masuk (berjumpa Tuanku). Cerita dalaman, Tuanku minta Muhyiddin stay dan panggil dua-dua bersekali. TS Muhyiddin berkeras dan keluar terus dan buat sidang media di kediamannya Damansara Heights.

35.  DS Anwar masuk dengan rasa confident dia dah cukup 30 (dari BN) dan cukup 112 untuk tubuh kerajaan.

36.  Tuanku atas kebijaksanaan titahkan '30 ini pun tak valid sebab ada dari 30 yang sign sokong Muhyiddin'.

37.  Ini 'tactical move' BN. TS Muhyiddin dan DS Anwar tidak boleh angkat sumpah.

38.  Tuanku 'merayu' supaya ditubuh Kerajaan Perpaduan. Anwar bersetuju tapi 82 tidak cukup jumlah.

39.  Pukul 5 petang (22 November 2024) keluar satu kenyataan dari Istana minta supaya BN datang menghadap.

40.  Sebab itu esoknya DS Zahid datang menghadap (Tuanku) bersama.

41.  Banyak ceramah PN berbohong mendakwa 'DS Zahid berbohong dengan semua orang, berjumpa Tuanku, kita tak tahu apa yang dibincangkan dengan Tuanku, tapi dia balik dia sebut, Tuanku suruh tubuhkan Kerajaan Perpaduan'.

42.  DS Zahid tidak pergi menghadap berseorangan tapi ditemani oleh Tok Mat dan Dr Zambri untuk menjadi saksi.

43.  Bila menghadap, Tuanku titah satu perkara sahaja. 'Tubuhkan Kerajaan Perpaduan, titik noktahkan persengketaan lama'.

44.  DS Zahid jawab dengan penuh beradab bahawa 'patik boleh bersetuju tapi patik tidak boleh membuat keputusan seorang, beri masa patik berbincang dengan Majlis Tertinggi BN'.

𝗗𝗦 𝗭𝗔𝗛𝗜𝗗 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗣𝗨𝗧𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗞𝗢𝗟𝗘𝗞𝗧𝗜𝗙 𝗪𝗔𝗟𝗔𝗨𝗣𝗨𝗡 𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗣𝗨𝗧𝗨𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜𝗔𝗡

45.  Kalau orang tuduh ini perancangan DS Zahid, dia dah boleh buat keputusan waktu tu. Peluang dah 3 kali dah.

46.  (1) Perjumpaan 4 pagi Hari Pertama dah boleh buat keputusan (2) Hari Kedua waktu rombongan PH datang boleh buat keputusan (3) Tuanku tanya setuju atau tidak tubuh kerajaan perpaduan, DS Zahid boleh buat keputusan.

47.  Tapi DS Zahid tidak terus buat keputusan. Kalau setuju, Anwar sepatutnya dah boleh angkat sumpah.

48.  DS keluar dari Istana, arahkan Dr Asyraf Wajdi dan Pejabat serta semua 54 Ahli Majlis Tertinggi, malam itu diadakan mesyuarat bermula 8.30 malam hingga 1.30 pagi.

49.  Saya draft kenyataan media apabila semua bersetuju secara konsensus. Dari 54, 52 dari awal bersetuju dan 2 sahaja tidak tetapi akhirnya semua bersetuju dengan SYARAT.

50.  Syaratnya (1) Akur dengan titah YDP Agong (2) Kena buat perjanjian (3) Nak tubuh Kerajaan Perpaduan, jangan sentuh soal Islam, hormat Islam agama Persekutuan dan soal Bangsa Melayu dan Bumiputra, jangan cabar seperti mana kamu cabar waktu 22 bulan waktu Tun M jadi PM dan BERSATU dalam PH (4) Jangan sentuh soal Raja-Raja Melayu kerana ini perjuangan UMNO kerana Institusi Raja-Raja yang mempertahankan dan memelihara Islam dan Melayu Bumiputra. YDP Agong angkat sumpah dengan kalimah Wallahi, Wabillahi, Watallahi untuk mempertahankan agama Islam dan bangsa Melayu. Kalau politik berubah, ada 2/3 untuk pinda Perlembagaan pun, tak boleh pinda perkara 153 selagi tidak dapat perkenan Raja-Raja Melayu.

---

Dengar Pendedahan Eksklusif Dr Asyraf Wajdi di TikTok: