Satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi 31 saat memaparkan insiden malang menimpa wanita itu dikongsikan pihak berkuasa hari ini.
Menerusi video berkenaan, dapat dilihat mangsa terjatuh ketika berjalan kaki melalui sebongkah kerusi konkrit yang diduduki beberapa individu ketika kejadian.
Mangsa dilihat membawa satu beg di tangan kirinya sebelum terjatuh dalam timbunan tanah, manakala seorang lagi lelaki sempat menyelamatkan diri daripada terjatuh ke dalamnya.
Tiga pejalan kaki yang berada di hadapannya serta individu yang menduduki bongkah kerusi itu terus panik dan mencari kelibat mangsa.
Setakat pukul 4.30 petang ini, mangsa masih belum ditemui dan pasukan keselamatan giat melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi.
Kira-kira pukul 3 petang tadi, satu jentera jengkaut digunakan bagi mengorek kawasan sekitarnya.
Menurut bomba, kedalaman tanah mendap di lokasi dianggarkan lebih kurang lapan meter. – KOSMO! ONLINE
video: