Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Warga Afrika mati ditembak dekat Subang, baki 10 lagi diburu polis (video)


Subang Jaya: Suspek warga Afrika yang ditembak mati dipercayai ahli kumpulan samun yang aktif sejak 2018 dengan mencatatkan nilai kerugian mencecah RM8 juta.

Kumpulan yang dipercayai dianggotai kira-kira 10 lelaki warga Afrika lengkap bersenjata serta menyasarkan mangsa melalui urus niaga yang palsu.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain berkata, seorang lelaki yang dipercayai ahli kumpulan berkenaan ditembak mati selepas berbalas tembakan di Jalan PJS 9/1, di sini, hari ini.

Menurutnya, kejadian kira-kira 7 petang itu turut menyebabkan dua butir peluru yang ditembak suspek lelaki berusia lewat 30-an terkena pada kenderaan polis.

"Kumpulan ini ada senjata api dan berisiko tinggi. Kita jumpa sepucuk pistol jenis Revolver dan suspek melepaskan lima butir peluru ke arah polis tapi tiada yang kena pada anggota terbabit.

"Kami masih menjejaki kumpulan yang aktif di sekitar Lembah Klang ini. Kita sudah maklum juga semua exit point (pintu keluar negara) akan suspek ini dan mereka mungkin tukar pasport," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Beliau berkata, risikan terhadap kumpulan berkenaan dilakukan Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Selangor sebelum dikordinasikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Katanya, pihaknya masih mengesan kira-kira 10 baki ahli kumpulan samun itu yang masih bebas.

"Modus operandi ialah mereka interaksi dengan mangsa melalui media sosial sebelum menawarkan transaksi sama ada jual barang kemas dan tukar mata wang asing.

"Mereka akan jumpa (mangsa) di hotel dan suruh mangsa ikut sebelum serang mangsa di jalan raya," katanya.

Katanya, mayat suspek dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat.

video: