Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

7,270 pengguna tak bayar tunggakan bil Air Kelantan bakal kena tindakan mahkamah


KOTA BHARU: Kira-kira 7,270 pelanggan Air Kelantan Sdn. Bhd bakal berdepan tindakan undang-undang jika gagal melunaskan tunggakan bil air yang telah dipotong selewat-lewatnya 15 Oktober depan.

AKSB dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasminya hari ini berkata, jumlah itu melibatkan akaun pengguna dalam tempoh dua tahun iaitu 2022 dan 2023.


“Tahun 2022 melibatkan 3,316 akaun pengguna dengan nilai tunggakan berjumalah RM2.379 juta.

“Bagi tahun 2023 pula, jumlah tunggakan sebanyak RM2.196 juta melibatkan 3,954 akaun pengguna,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, AKSB berharap pengguna terlibat dapat menjelaskan tunggakan itu selewat-lewatnya 15 Oktober ini.-UTUSAN