Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kes GISB: PDRM sita 8 kenderaan, 96 akaun bank bernilai RM581,552


KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membekukan 96 akaun bank bernilai RM581,552.31 berhubung siasatan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kesemua akaun bank berkenaan dibekukan untuk siasatan oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) PDRM.


"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

"Polis turut menutup empat akaun telah ditutup dan lapan kenderaan telah dikeluarkan perintah pembekuan,” katanya dalam sidang media di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini pada Selasa.