Perasan tak sebulan dua ni ramai yang komplen bil elektrik melambung? Diam-diam TNB ada naikkan tarik ke??
Lek luh. Aku nak share info yang mungkin boleh buka minda kita semua. Rasa nak fakta atau terasa jimatkan bil, korang
bacalah sampai habis.
Ok. First sekali aku nak bagitahu sekarang ni punya lah panas. Sampai tahap bangun pagi pun boleh basah lencun bermandi peluh. Tapi itu mungkin untuk orang macam aku. Jenis yang lebih suka pakai kipas angin kat rumah. Bagi yang pasang aircond, memang syok oo.
Tapi tak ramai tahu. Bila suhu semakin atau terlampau panas, kompressor air-cond akan berjalan semakin ligan nak sejukkan suhu bilik. Bermakna dia akan tarik lebih karen. Haa. Sebab itu bil melambung walaupun korang cakap korang guna sama atau kurang daripada hari-hari biasa.
Dapat 1 point?
Contoh lain kenapa bil korang melambung adalah disebabkan kita pakai penapis air yang ada water heater. Even tak guna sekali pun, hakikatnya elektrik tetap akan berjalan sebab dia nak kekalkan suhu dalam tangki air panas. Lagi kerap kita guna air panas, makin tinggi lah penggunaan elektrik. Macam bil rumah aku sendiri. Sebelum ni anggaran purata Rm40 je. Lepas pakai penapis air, terus jadi lingkungan Rm80 sebulan.
•
Sebenarnya terlalu banyak punca bil kita melambung tanpa TNB perlu untuk menaikkan tarif. Terlalu banyak. Tapi kalau info yang aku aku kongsi kat atas ni pun korang tak percaya, aku syorkan korang buat uji kaji.
•
First step adalah korang buka air-cond disiang hari. Tapi sebelum on, catat dahulu bacaan pada meter TNB. Selepas 1 jam, off. Catat bacaan akhir.
Kemudian buat step yang sama pada malam hari. Nak lagi ok, pastikan bilik tak ada langsung rasa bahang. Cool jer.
Insha Allah korang boleh nampak perbezaan bacaan meter TNB antara waktu panas dengan waktu sejuk.
Bagi yang tiada air-cond macam aku ni pulak, korang boleh cuba test pada perkakas elektrik dirumah. Dengan syarat, on satu persatu.
Contoh. Sebelum nak on dan test pada TV, catat dahulu bacaan meter dan pastikan semua perkakas lain seperti peti ais, radio, segala jenis alat berkait elektrik ditutup. Buka dalam beberapa minit (rasanya 2 minit dah cukup kot), kemudian ambil bacaan. Buat perkara yang sama pada perkakas lain sampailah korang dapat bacaan perkakas mana yang bacaannya paling tinggi. Kadang-kadang perkakas dah rosak pun boleh jadi punca.
Seterusnya. 2 ke 3 alat paling tinggi bacaan tu kalau boleh jangan guna langsung. Cukup sebulan, korang tunggu bil sampai untuk dapatkan result.
•
Oh ya. Ini tips paling penting. Kalau rasa nak jimat sangat, jangan pernah berangan nak beli Iron Steam atau Seterika Wap. Benda tu sekali guna, lagi parah berbanding kita on 4 5 biji air cond serentak yer.
Kredit: Ikram Rosdi
Semoga bermanfaat.